VISI DAN MISI SKTBT

PRAKATA DARIPADA GURU BESAR SKTBT- PN ROHANA BT YUSOF

Assalamualaikum w.b.t… Pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Pn Norazian Kadir kerana telah berjaya membina sebuah Laman Bahasa Melayu SK Tunku Besar Tampin .

Memang tidak dapat dinafikan, dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Di samping itu ia mampu merangsang minda dan menambah kefahaman pelajar.Keberkesanan p&p melalui ICT pastinya dapat membantu ke arah membestarikan sekolah.

P&P secara langsung di dalam bilik darjah sahaja tidak memadai sekiranya tidak disejajarkan dengan teknologi ICT yang berkembang pesat di dalam dunia pendidikan. .Akhir kata, saya berharap semoga Laman Bahasa Melayu SKTBT ini akan memberikan manfaat kepada seluruh komuniti yang melayarinya.Sekian,terima kasih.

Khamis, Jun 17, 2010

Tugasan Karangan


Bina sebuah karangan tentang Suasana di Pasar Malam. Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan. sila hantar kepada saya selewat-lewatnya pada 26 Jun 2010 di bilik guru.

Rabu, Jun 16, 2010

Tugasan Masa Cuti

Kepada semua murid Tahun 5 Arif,

Sila siapkan latihan unit 6 dan 7 buku kerja BM temanku 5A . Hantar pada minggu pertama semester dua. Sekarang cikgu sedang berkursus.
SILA AMBIL PERHATIAN