VISI DAN MISI SKTBT

PRAKATA DARIPADA GURU BESAR SKTBT- PN ROHANA BT YUSOF

Assalamualaikum w.b.t… Pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Pn Norazian Kadir kerana telah berjaya membina sebuah Laman Bahasa Melayu SK Tunku Besar Tampin .

Memang tidak dapat dinafikan, dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Di samping itu ia mampu merangsang minda dan menambah kefahaman pelajar.Keberkesanan p&p melalui ICT pastinya dapat membantu ke arah membestarikan sekolah.

P&P secara langsung di dalam bilik darjah sahaja tidak memadai sekiranya tidak disejajarkan dengan teknologi ICT yang berkembang pesat di dalam dunia pendidikan. .Akhir kata, saya berharap semoga Laman Bahasa Melayu SKTBT ini akan memberikan manfaat kepada seluruh komuniti yang melayarinya.Sekian,terima kasih.

Sabtu, November 20, 2010

EJAAN

Pilih yang betul

Kata Biasa

Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris

1. cendera mata atau cenderamata

2. derhaka atau durhaka

3. justeru atau justru

4. kobis atau kubis

5. martabak atau murtabak

6. pendeta atau pendita

7. raksaksa atau raksasa

8. teladan atau tauladan

1. agreget atau agregat

2. dialog atau dialog

3. baucer atau baucar

4. audien atau audiens

5. faksimile atau faksimili

6. kafeteria atau kefeteria

7. kemoterapi atau kimoterapi

8. komisen atau komisyen

9. korum atau kuorum

10. protein atau protin

KATA BERCIRIKAN KATA MAJMUK

SALAH

BETUL

1. acapkali

2. ada pun

3. adakala

4. andai pun

5. andai kata

6. apa-apapun

7. atau pun

8. barang kali

9. dahulukala

10. mahu pun

11. sediakala

12. seringkali

13. sudahpun

14. sungguh pun

15. walaubagaimanapun

1.acap kali

2. adapun

3. ada kala

4. andaipun

5. andaikata

6. apa-apa pun

7. ataupun

8. barangkali

9. dahulu kala

10. mahupun

11. sedia kala

12. sering kali

13. sudah pun

14. sungguhpun

15. walau bagaimanapun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan