VISI DAN MISI SKTBT

PRAKATA DARIPADA GURU BESAR SKTBT- PN ROHANA BT YUSOF

Assalamualaikum w.b.t… Pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Pn Norazian Kadir kerana telah berjaya membina sebuah Laman Bahasa Melayu SK Tunku Besar Tampin .

Memang tidak dapat dinafikan, dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Di samping itu ia mampu merangsang minda dan menambah kefahaman pelajar.Keberkesanan p&p melalui ICT pastinya dapat membantu ke arah membestarikan sekolah.

P&P secara langsung di dalam bilik darjah sahaja tidak memadai sekiranya tidak disejajarkan dengan teknologi ICT yang berkembang pesat di dalam dunia pendidikan. .Akhir kata, saya berharap semoga Laman Bahasa Melayu SKTBT ini akan memberikan manfaat kepada seluruh komuniti yang melayarinya.Sekian,terima kasih.

Ahad, November 21, 2010

FORMULA TATABAHASA

1. pecahan – ditulis di akhir ayat bukan di tengah

a. dua setengah kilogram ( X )

b. dua kilogram setengah ( )

c. tiga setengah minit ( X )

d. lima liter suku ( )

e. tiga suku jam ( X )

2. ayat pasif (kata ganti nama 1,2) tiada oleh , di KGN 3 ada di..oleh.

a. Roti itu dimakan oleh saya . ( X )

b. Roti itu saya makan. ( )

c. Roti itu kamu makan. ( )

d. Roti itu dimakan oleh mereka. ( )

e. Roti itu mereka makan. ( X )

3. membuat / berbuat = abstrak / bukan benda.

a. Jangan membuat bising. ( X ).

b. Jangan berbuat bising. ( )

c. berbuat begitu ( )

d. membuat begitu ( X

e. berbuat demikian ( )

4. antara (bukan tempat ) / di antara ( tempat )

a. Antara hobi saya ialah membaca buku. ( )

b. Di antara hobi saya ialah membaca buku. ( X )

c. Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga. ( )

d. Fatihah duduk di antara Julia dengan Mariam. ( )

e. Antara alat-alat tulis yang dibeli olehnya ialah pensel, pembaris, pen dan pemadam. ( X )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan