LATIHAN TATABAHASA 1
1.Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham dan maksudnya dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan sebagai peribahasa atau nama khas.
a. menduduki - mendudukan
b. menaiki - menaikkan
c. memagari - memagarkan
2.Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur tanpa mengubah maksud asalnya.
a. Hubungan baik antara kedua-dua orang adik-beradik itu terjejas akibat daripada perselisehan pendapat mengenai hak memiliki sebidang tanah.
b. Negarawan itu begitu disanjong oleh masyarakat hingga dianggap sebagai perjuangan bangsa.
c. Artis popular itu diberi tepokan yang gemuruh sebaik saja memulai persembahannya.
3. Tukar ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat-ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
a. Kami membawa rombongan tersebut melawat ke beberapa tempat menarik
di sekitar bandar Kota Tinggi.
b. Anda berjaya memenangi anugerah yang julung-julung kali diadakan untuk
pengusaha batik tempatan.
c. Wahab menanam pokok jati tersebut sebagai hiasan di halaman rumah.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
LATIHAN TATABAHASA 2
1. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat berikut menjadi 3 ayat.
Malaysia merupakan destinasi pelancongan. Malaysia mempunyai keindahan alam semula jadi. Negara ini terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Kerajaan mengadakan pelbagai usaha mempromosikan Malaysia. Kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia. Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia. Ekonomi Malaysia meningkat. Peluang pekerjaan terbuka luas untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia
2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkansituasi yang terdapat dalam petikan ini.
Budak-budak jahat yang selalu berkeliaran pada waktu malam itu akhirnya ditangkap polis juga. Mereka menyangka bahawa mereka bijak dan dapat melarikan diri daripada polis. Kini mereka menyesal atas perbuatan mereka itu.
3.Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Anak-anak dilarang daripada menyahut perbualan orang tua-tua kerana perbuatan itu menyalahi akan adat ketimuran.
(ii) Kita tidak wajar menggauli segala urusan yang tiada kena dengan kita.
(iii) Puan Normah telah diminta untuk menyebut sepatah dua kata di dalam majlis yang dianjurkan oleh kakitangan pejabat sempena persaraannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan