VISI DAN MISI SKTBT

PRAKATA DARIPADA GURU BESAR SKTBT- PN ROHANA BT YUSOF

Assalamualaikum w.b.t… Pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Pn Norazian Kadir kerana telah berjaya membina sebuah Laman Bahasa Melayu SK Tunku Besar Tampin .

Memang tidak dapat dinafikan, dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Di samping itu ia mampu merangsang minda dan menambah kefahaman pelajar.Keberkesanan p&p melalui ICT pastinya dapat membantu ke arah membestarikan sekolah.

P&P secara langsung di dalam bilik darjah sahaja tidak memadai sekiranya tidak disejajarkan dengan teknologi ICT yang berkembang pesat di dalam dunia pendidikan. .Akhir kata, saya berharap semoga Laman Bahasa Melayu SKTBT ini akan memberikan manfaat kepada seluruh komuniti yang melayarinya.Sekian,terima kasih.

Jumaat, November 19, 2010

LATIHAN MASA CUTI SEKOLAH

LATIHAN TATABAHASA 1

1.Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham dan maksudnya dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan sebagai peribahasa atau nama khas.

a. menduduki - mendudukan

b. menaiki - menaikkan

c. memagari - memagarkan

2.Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur tanpa mengubah maksud asalnya.

a. Hubungan baik antara kedua-dua orang adik-beradik itu terjejas akibat daripada perselisehan pendapat mengenai hak memiliki sebidang tanah.

b. Negarawan itu begitu disanjong oleh masyarakat hingga dianggap sebagai perjuangan bangsa.

c. Artis popular itu diberi tepokan yang gemuruh sebaik saja memulai persembahannya.

3. Tukar ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat-ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

a. Kami membawa rombongan tersebut melawat ke beberapa tempat menarik

di sekitar bandar Kota Tinggi.

b. Anda berjaya memenangi anugerah yang julung-julung kali diadakan untuk

pengusaha batik tempatan.

c. Wahab menanam pokok jati tersebut sebagai hiasan di halaman rumah.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

LATIHAN TATABAHASA 2

1. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat berikut menjadi 3 ayat.

Malaysia merupakan destinasi pelancongan. Malaysia mempunyai keindahan alam semula jadi. Negara ini terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Kerajaan mengadakan pelbagai usaha mempromosikan Malaysia. Kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia. Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia. Ekonomi Malaysia meningkat. Peluang pekerjaan terbuka luas untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia

2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkansituasi yang terdapat dalam petikan ini.

Budak-budak jahat yang selalu berkeliaran pada waktu malam itu akhirnya ditangkap polis juga. Mereka menyangka bahawa mereka bijak dan dapat melarikan diri daripada polis. Kini mereka menyesal atas perbuatan mereka itu.

3.Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Anak-anak dilarang daripada menyahut perbualan orang tua-tua kerana perbuatan itu menyalahi akan adat ketimuran.

(ii) Kita tidak wajar menggauli segala urusan yang tiada kena dengan kita.

(iii) Puan Normah telah diminta untuk menyebut sepatah dua kata di dalam majlis yang dianjurkan oleh kakitangan pejabat sempena persaraannya.

Selasa, November 16, 2010

BULAN KEMERDEKAAN

TARIKH: 30.OGOS 2010
LOKASI : DEWAN LESTARI





Isnin, November 15, 2010

KENALI SK TUNKU BESAR TAMPIN


LENCANA SEKOLAH

Latar belakang Hijau - Lestari / alam semulajadi

Buku terbuka ( putih ) - Menerima ilmu dengan minda terbuka

Obor menyala - Bersemangat maju dan sentiasa mencari ilmu dan bimbingan

Bulan Sabit - Agama Islam sebagai agama rasmi

’Lurels’ - Kejayaan dalam bidang akademik dan sukan

Cogan kata ’Ilmu Suluh Hidup’ - Ilmu memberi cahaya yang menerangi hidup


Khamis, November 04, 2010

PROGRAM SELEPAS UPSR

LAWATAN KE KELANTAN DAN TERENGGANU PADA 24 HINGGA 26 SEPTEMBER 2010







TUGASAN MASA CUTI SEKOLAH


TUGASAN 1 : MENULIS KARANGAN

Tonton video ini. Kemudian tulis sebuah karangan bertemakan kasih sayang. Panjang karangan anda tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

*************************************************************************************

TUGASAN 2 : MENGHURAIKAN MAKSUD TERSIRAT




SOALAN:
Hayati lagu dan fahami lirik yang terdapat dalam video. Kemudian huraikan maksud tersirat dalam setiap rangkap pantun.

MEMBUAT ULASAN

BACA PETIKAN/CERITA DI BAWAH

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......
Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...
"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.
Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...

LATIHAN
Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada cerita di atas ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan. Hantar pada hari terakhir persekolahan .

Isnin, September 06, 2010

UPSR DATANG LAGI

KHAS UNTUK SEMUA MURID TAHUN 6

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR. KEJAYAAN KALIAN MENCERMINKAN KEGIGIHAN ANDA DAN KOMITMEN PARA GURU. HADIAHKAN KECEMERLANGAN ANDA KEPADA SEKOLAH . SEMOGA BERJAYA