VISI DAN MISI SKTBT

PRAKATA DARIPADA GURU BESAR SKTBT- PN ROHANA BT YUSOF

Assalamualaikum w.b.t… Pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Pn Norazian Kadir kerana telah berjaya membina sebuah Laman Bahasa Melayu SK Tunku Besar Tampin .

Memang tidak dapat dinafikan, dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Di samping itu ia mampu merangsang minda dan menambah kefahaman pelajar.Keberkesanan p&p melalui ICT pastinya dapat membantu ke arah membestarikan sekolah.

P&P secara langsung di dalam bilik darjah sahaja tidak memadai sekiranya tidak disejajarkan dengan teknologi ICT yang berkembang pesat di dalam dunia pendidikan. .Akhir kata, saya berharap semoga Laman Bahasa Melayu SKTBT ini akan memberikan manfaat kepada seluruh komuniti yang melayarinya.Sekian,terima kasih.

Isnin, September 06, 2010

UPSR DATANG LAGI

KHAS UNTUK SEMUA MURID TAHUN 6

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR. KEJAYAAN KALIAN MENCERMINKAN KEGIGIHAN ANDA DAN KOMITMEN PARA GURU. HADIAHKAN KECEMERLANGAN ANDA KEPADA SEKOLAH . SEMOGA BERJAYA

Isnin, Julai 19, 2010

MENGECAM KESALAHAN TATABAHASA

1.Kamil dihukum. Beliau ponteng sekolah.

2. Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali.

3. Beruang in sakit. Dia perlu dirawat.

4. Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih.

5. Buku-buku ini tebal. Mereka Syamir baca.

6. Mereka-mereka yang ditawan berada dalam selamat.

7. Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan mati.

8. Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta.

Sabtu, Julai 03, 2010

KEM MOTIVASI UPSR

Tarikh : 26 - 27 Jun 2010
Hari : Sabtu dan Ahad
Sasaran : Semua guru tahun 6
Tempat :Putra Resort, Pengkalan Balak
Anjuran : Unit Kaunseling SKTBT







Khamis, Jun 17, 2010

Tugasan Karangan


Bina sebuah karangan tentang Suasana di Pasar Malam. Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan. sila hantar kepada saya selewat-lewatnya pada 26 Jun 2010 di bilik guru.

Rabu, Jun 16, 2010

Tugasan Masa Cuti

Kepada semua murid Tahun 5 Arif,

Sila siapkan latihan unit 6 dan 7 buku kerja BM temanku 5A . Hantar pada minggu pertama semester dua. Sekarang cikgu sedang berkursus.
SILA AMBIL PERHATIAN