![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicRZctvIvpUO5rXKugN4-mmcc82ySTr76Qm4I5X59fwtxPPuLQ0jB4Rg25HD85byQkv7vODw_4Dr3ANJRJltaDy_q_qNJzeL-VecUsh7_v25l9UFjDyNH8DaUA06KsFghAfd3mc4j8rb4/s400/155479_1585231804271_1640051950_1402764_5764654_n.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNRXj1X4ogVfBcgJVjQIah3Wxqw2oam4K6E7xKUzelaUMqY4vJ30QKhMjs7-NiqcI7Bok4cjHVfCgQwPrpJlVrLdmnLCm3w6ayqsVimv4AddbjtXF5hmTK57ghownS-3yiINBMuTjeg7c/s400/155204_1585229844222_1640051950_1402755_3961965_n.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKQbheWgID-yLaB8VmApK_15HSyL3_iWlzitTuvlA7HZwaFFrrKv0noWoume3nhPyVMDFTU7KFGVhDwk0wMvpMTodcvHIPxfl0qdXESFB8JFO914JE7KKuS8xlWSLCQa0a07fkLGePRaQ/s400/150497_1585230084228_1640051950_1402756_4297836_n.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibAEd8AVFDgS5WNIDjF7ro3f_QKZi6Rbdx1XWo3dwXv_EuD1B_hNpb51nEjWa19nsxYNVJJ7-ure3JSp4WePIBOfpG-zTgClw5YHE0g6MPUKWnmCjVIhFPrRB8dBYpsFwAhQpIbCafUMI/s400/155735_1585233644317_1640051950_1402771_3671664_n.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgovZitycQg61WjYo3ESfVO-kXArisAYwVSAl8Pr7e8hdnHkZElZI7txsrEX9L72PX4eKTPed1nQDuTJBC9x5ZWo_i13c3sXN-58x-ONrmEYyff3nUTQWn-5aPEPPqPt6kwlUQSJsEWIUM/s400/148680_1585232924299_1640051950_1402768_368117_n.jpg)
Assalamualaikum w.b.t… Pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Pn Norazian Kadir kerana telah berjaya membina sebuah Laman Bahasa Melayu SK Tunku Besar Tampin .
Memang tidak dapat dinafikan, dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Di samping itu ia mampu merangsang minda dan menambah kefahaman pelajar.Keberkesanan p&p melalui ICT pastinya dapat membantu ke arah membestarikan sekolah.
P&P secara langsung di dalam bilik darjah sahaja tidak memadai sekiranya tidak disejajarkan dengan teknologi ICT yang berkembang pesat di dalam dunia pendidikan. .Akhir kata, saya berharap semoga Laman Bahasa Melayu SKTBT ini akan memberikan manfaat kepada seluruh komuniti yang melayarinya.Sekian,terima kasih.
1_____ jangan = Harap sahaja
a. Harap jangan merokok. ( √ )
b. Sila jangan merokok. ( X )
c. Tolong jangan merokok. ( X )
d. Usah jangan merokok. ( X )
e. Jangan merokok. ( √ )
2. meN-…-i (orang) / meN-…-kan (benda)
a. menasihati Ali ( √ )
b. menasihatkan Ali ( X )
c. menghidangkan tetamu ( X )
d. menghidangkan nasi lemak ( √ )
e. menaiki bendera ( √ )
3. (orang)di-…-i(benda) / (benda) di-…-kan (orang)
a. Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah. (√ )
b. Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan. ( X )
c. Fatimah dihadiahi pingat kecemerlangan. (√ )
d. Menteri itu dianugerahkan pingat kebesaran. ( X )
e. Pingat kebesaran dianugerahkan kepada menteri itu. (√ )
4. memper (kata adjektif) / memper-…-kan (kata kerja)
a. memperdalamkan lubang itu ( x )
b. memperdalam lubang itu (√ )
c. mendalamkan lubang itu ( √ )
d. memperkatakan hal itu ( √ )
e. memperkata hal itu ( x )
5. memperisterikan (mengahwinkan orang lain) memperisteri (berkahwin dengannya)
a. Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung. ( X )
b. Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung. (√ )
c. Haji Isa memperisterikan anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. (√ )
d. Haji Isa memperisteri anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. ( X )
1. pecahan – ditulis di akhir ayat bukan di tengah
a. dua setengah kilogram ( X )
b. dua kilogram setengah (√ )
c. tiga setengah minit ( X )
d.
e. tiga suku jam ( X )
a. Roti itu dimakan oleh saya . ( X )
b. Roti itu saya makan. ( √ )
c. Roti itu kamu makan. ( √ )
d. Roti itu dimakan oleh mereka. ( √ )
e. Roti itu mereka makan. ( X )
a. Jangan membuat bising. ( X ).
b. Jangan berbuat bising. ( √ )
c. berbuat begitu ( √ )
d. membuat begitu ( X
e. berbuat demikian ( √ )
4. antara (bukan tempat ) / di antara ( tempat )
a. Antara hobi saya ialah membaca buku. ( √ )
b. Di antara hobi saya ialah membaca buku. ( X )
c. Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga. ( √ )
d. Fatihah duduk di antara Julia dengan Mariam. ( √ )
e. Antara alat-alat tulis yang dibeli olehnya ialah pensel, pembaris, pen dan pemadam. ( X )
Pilih yang betul
Kata Biasa | Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris |
1. cendera mata atau cenderamata 2. derhaka atau durhaka 3. justeru atau justru 4. kobis atau kubis 5. martabak atau murtabak 6. pendeta atau pendita 7. raksaksa atau raksasa 8. teladan atau tauladan | 1. agreget atau agregat 2. dialog atau dialog 3. baucer atau baucar 4. audien atau audiens 5. faksimile atau faksimili 6. kafeteria atau kefeteria 7. kemoterapi atau kimoterapi 8. komisen atau komisyen 9. korum atau kuorum 10. protein atau protin |
KATA BERCIRIKAN KATA MAJMUK
SALAH BETUL 1. acapkali 2. ada pun 3. adakala 4. andai pun 5. andai kata 6. apa-apapun 7. atau pun 8. barang kali 9. dahulukala 10. mahu pun 11. sediakala 12. seringkali 13. sudahpun 14. sungguh pun 15. walaubagaimanapun 1.acap kali 2. adapun 3. ada kala 4. andaipun 5. andaikata 6. apa-apa pun 7. ataupun 8. barangkali 9. dahulu kala 10. mahupun 11. sedia kala 12. sering kali 13. sudah pun 14. sungguhpun 15. walau bagaimanapun
LATIHAN TATABAHASA 1
1.Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham dan maksudnya dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan sebagai peribahasa atau nama khas.
a. menduduki - mendudukan
b. menaiki - menaikkan
c. memagari - memagarkan
2.Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur tanpa mengubah maksud asalnya.
a. Hubungan baik antara kedua-dua orang adik-beradik itu terjejas akibat daripada perselisehan pendapat mengenai hak memiliki sebidang tanah.
b. Negarawan itu begitu disanjong oleh masyarakat hingga dianggap sebagai perjuangan bangsa.
c. Artis popular itu diberi tepokan yang gemuruh sebaik saja memulai persembahannya.
3. Tukar ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat-ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
a. Kami membawa rombongan tersebut melawat ke beberapa tempat menarik
di sekitar bandar Kota Tinggi.
b. Anda berjaya memenangi anugerah yang julung-julung kali diadakan untuk
pengusaha batik tempatan.
c. Wahab menanam pokok jati tersebut sebagai hiasan di halaman rumah.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
LATIHAN TATABAHASA 2
1. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat berikut menjadi 3 ayat.
Malaysia merupakan destinasi pelancongan. Malaysia mempunyai keindahan alam semula jadi. Negara ini terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Kerajaan mengadakan pelbagai usaha mempromosikan Malaysia. Kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia. Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia. Ekonomi Malaysia meningkat. Peluang pekerjaan terbuka luas untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia
2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkansituasi yang terdapat dalam petikan ini.
Budak-budak jahat yang selalu berkeliaran pada waktu malam itu akhirnya ditangkap polis juga. Mereka menyangka bahawa mereka bijak dan dapat melarikan diri daripada polis. Kini mereka menyesal atas perbuatan mereka itu.
3.Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Anak-anak dilarang daripada menyahut perbualan orang tua-tua kerana perbuatan itu menyalahi akan adat ketimuran.
(ii) Kita tidak wajar menggauli segala urusan yang tiada kena dengan kita.
(iii) Puan Normah telah diminta untuk menyebut sepatah dua kata di dalam majlis yang dianjurkan oleh kakitangan pejabat sempena persaraannya.
LENCANA SEKOLAH
Latar belakang Hijau - Lestari / alam semulajadi
Buku terbuka ( putih ) - Menerima ilmu dengan minda terbuka
Obor menyala - Bersemangat maju dan sentiasa mencari ilmu dan bimbingan
Bulan Sabit - Agama Islam sebagai agama rasmi
’Lurels’ - Kejayaan dalam bidang akademik dan sukan