1_____ jangan = Harap sahaja
a. Harap jangan merokok. ( √ )
b. Sila jangan merokok. ( X )
c. Tolong jangan merokok. ( X )
d. Usah jangan merokok. ( X )
e. Jangan merokok. ( √ )
2. meN-…-i (orang) / meN-…-kan (benda)
a. menasihati Ali ( √ )
b. menasihatkan Ali ( X )
c. menghidangkan tetamu ( X )
d. menghidangkan nasi lemak ( √ )
e. menaiki bendera ( √ )
3. (orang)di-…-i(benda) / (benda) di-…-kan (orang)
a. Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah. (√ )
b. Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan. ( X )
c. Fatimah dihadiahi pingat kecemerlangan. (√ )
d. Menteri itu dianugerahkan pingat kebesaran. ( X )
e. Pingat kebesaran dianugerahkan kepada menteri itu. (√ )
4. memper (kata adjektif) / memper-…-kan (kata kerja)
a. memperdalamkan lubang itu ( x )
b. memperdalam lubang itu (√ )
c. mendalamkan lubang itu ( √ )
d. memperkatakan hal itu ( √ )
e. memperkata hal itu ( x )
5. memperisterikan (mengahwinkan orang lain) memperisteri (berkahwin dengannya)
a. Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung. ( X )
b. Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung. (√ )
c. Haji Isa memperisterikan anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. (√ )
d. Haji Isa memperisteri anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. ( X )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan