VISI DAN MISI SKTBT

PRAKATA DARIPADA GURU BESAR SKTBT- PN ROHANA BT YUSOF

Assalamualaikum w.b.t… Pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Pn Norazian Kadir kerana telah berjaya membina sebuah Laman Bahasa Melayu SK Tunku Besar Tampin .

Memang tidak dapat dinafikan, dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Di samping itu ia mampu merangsang minda dan menambah kefahaman pelajar.Keberkesanan p&p melalui ICT pastinya dapat membantu ke arah membestarikan sekolah.

P&P secara langsung di dalam bilik darjah sahaja tidak memadai sekiranya tidak disejajarkan dengan teknologi ICT yang berkembang pesat di dalam dunia pendidikan. .Akhir kata, saya berharap semoga Laman Bahasa Melayu SKTBT ini akan memberikan manfaat kepada seluruh komuniti yang melayarinya.Sekian,terima kasih.

Khamis, Mei 23, 2013


LATIHAN TATABAHASA - KATA TEPAT

1 Ubat ini amat..............................untuk sakit gigi.
A hebat           B mujarab      C berperisa    D berkhasiat

2 Dia tidak mengharapkan...................................atas pertolongannya.
A balasan        B kurniaan      C pemberian   D permintaan

3 Aktiviti memburu binatang yang dilindungi perlu dibendung untuk
mengelakkan.................................nya.
A kematian     B kepupusan   C kehilangan   D kebinasaan

4 Perempuan muda itu ......................................dua baldi air di kiri dan kanan
tangannya.
A membimbit  B memegang  C mengandar  D mengangkut

5 Ranting-ranting pokok yang menghalang laluan itu telah....................... oleh
Pak Abu.
A ditakik          B ditebas         C ditebang       D dicantas

6 Kenderaan awam yang melalui jalan itu.......................................beberapa jam
akibat kemalangan jalan raya.
A terhenti        B tersekat       C terkandas    D terhumban

7 Shasha ............................memikirkan masalah yang dihadapinya.
A keliru                        B matang        C bingung        D bengang

8 Setiap orang.................................................pendapat yang berbeza-beza
tentang pelantikan Aizat sebagai ketua murid.
A menerima    B memberikan            C mengambil  D menyediakan

9 Budak lelaki itu dipanggil oleh pengawas kerana.............................. gula-gula
getah semasa berada di dalam kelas.
A menelan      B menggigit     C mengerit      D mengunyah

10 Pegangan agama yang kukuh dapat mengelakkan seseorang daripada
................................ke lembah yang hina.
A terjatuh        B terperosok   C terjerumus   D terhumban

Tiada ulasan:

Catat Ulasan