Surat Kiriman Rasmi: Gangguan Bekalan Air
Anda sebagai ketua kampung diminta menulis surat kepada Jabatan Bekalan Air kerana bekalan air di kampung anda sering terggangu.
** ** ** ** **
Ketua Kampung
Kampung Repah,
73000 Tampin,
Negeri Sembilan Darul Khusus
_________________________________________________________________________
Tuan Pengarah
Jabatan Bekalan Air Tampin,
73000 Tampin,
Negeri Sembilan Darul Khusus. 23 MEI 2013
Tuan,
GANGGUAN BEKALAN AIR PAIP
Berhubung perkara di atas, saya ramlan bin Minhat selaku ketua kampung
Kampung Repah ingin membuat aduan tentang gangguan bekalan air
paip yang sering berlaku sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
2. Gangguan bekalan air ini telah menimbulkan banyak masalah
kepada penduduk kampung ini. Antara masalah tersebut ialah kesukaran
untuk mendapatkan air bagi kegunaan harian seperti mandi, membasuh,
memasak dan lain-lain lagi.
3. Oleh sebab itu, penduduk kampung ini terpaksa menggunakan
sumber air alternatif yang tidak dirawat seperti air sungai, air parit
atau air perigi untuk dijadikan air minuman dan pelbagai kerja yang
lain. Selain menyusahkan mereka, punca-punca air ini juga tidak terjamin
daripada segi kesihatan. Ini kerana lokasi kampung ini yang berhampiran
dengan kawasan industri dan bandar boleh menyebabkan pencemaran air
berlaku.
4. Sejak akhir-akhir ini, penduduk kampung mula mengeluh kerana
pelbagai penyakit telah menyerang mereka. Antara penyakit tersebut ialah
demam, selsema dan penyakit kulit. Saya bimbang keadaan ini berpunca
akibat penggunaan air yang telah tercemar.
Saya sebagai wakil penduduk kampung berharap pihak tuan mengambil
tindakan segera akan masalah yang dilaporkan ini. Kerjasama daripada
pihak tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Yang benar,
...................................
(RAMLAN BIN MINHAT)
Ketua Kampung Repah,
73000 Tampin,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan